Monday 11 June 2012

Makhamah Perusahaan , Makhamah Buruh , Makhamah Penghulu ,Makhamah Tentera dan Makhamah Kanak-2

MAHKAMAH PERUSAHAAN
 menyelesaikan pertikaian antara pekerja dan majikan
 ketua mahkamah ialah presiden yang dilantik oleh YDPA
 anggota lain dipanggil panel
 panel ialah mereka yang dilantik oleh menteri sumber manusia
 rayuan dilakukan di mahkamah tinggi

MAHKAMAH BURUH
 Akta buruh 1955,mahkamah buruh hanya membicara hal-hal bagi pekerja yang pendapatan tidak lebih rm1000
 Mulai 1ogos1998,ketua pengarah berkuasa untuk mendengar/memutuskan tuntutan gaji lebih rm1500 dan tidak lebih rm5000
 mengadili pertelingkahan antara pekerja dengan majikannya
 contohnya,pekerja dipecat oleh majikan,tentang pembayaran gaji
 penghakiman dijalankan oleh Pegawai Jabatan Buruh (Sumber Manusia)
 kes ini diadili oleh Menteri Sumber Manusia. jika gagal akan dibawa ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh14hari tarikh menerima kputusan

MAHKAMAH PENGHULU
 mahkamah awam paling rendah
 hanya di semenanjung Malaysia
 bicarakan kes sivil tidak lebih RM50,000
 bicarakan kes jenayah yang dendanya tidak lebih RM25
 bicarakan orang Asia sahaja
 rayuan dibawa ke mahkamah majistret kelas

MAHKAMAH TENTERA
 membicarakan anggota tentera atas kesalahan dalam perkhidmatan tentera SAHAJA
 membicarakan tentera yang langgar peraturan dalam kem tentera
 tidak membicarakan kes jenayah/sivil
 terdiri daripada mahkamah rendah dan mahkamah tinggi tentera
 staf sarjan dan ke atas dibicarakan di mahkamah tinggi tentera
 pangkat yang lebih rendah di mahkamah rendah tentera

MAHKAMAH KANAK-KANAK
• Bicara kes pesalah remaja yg umur 10-18
• Tempat bicara di mhkamah majistret
• Perbicaraan diadakan secara tertutup
• Anggota panel penasihat dilantik oleh menteri pembangunan wanita,keluarga dan masyrakat
• Berkuasa mengasingkan kanak2 yang ditahan untuk pembicaraan daripada pesalah-pesalah dewasa
• Berkuasa bebaskan kanak-kanak dengan ikat jamin sementara menunggu pembicaraan
• Membenarkan ibu bapa untuk menyoal saksi-saksi pihak pndakwa
• Rayuan boleh dibuat di mahkamah tinggi

Makhamah Persekutuan , Makhamah Tinggi , Makhamah Rayuan , Makhamah Syeksen , Makhamah Majistret , Makhamah Syariah , Makhamah Khas Raja-Raja

MAHKAMAH PERSEKUTUAN   
Keanggotaan terdiri daripada:
·        ketua hakim mahkamah persekutuan/ketua hakim Negara
·        presiden mahkamah rayuan
·        hakim-hakim besar mahkamah tinggi
·        8orang hakim lain & beberapa orang hakim tambahan yg dilantik oleh YDPA mengikut keperluan
BIDANG KUASA
·        pembicaraan kes hendaklah didengar lebih kurang 3org hakim/lebih yg ditentukan ketua hakim Negara
·        menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan Negara & berkuasa untuk menolak undang-undang yg bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan
·        menyelesaikan kekeliruan&persoalan yang timbul daripada tafsiran undang-undang persekutuan dgn perlembagaan pesekutuan



MAHKAMAH TINGGI
DIBAHAGI KEPADA:
a) mahkamah tinggi Malaya (1org hakim Besar & 46org hakim lain)
b) mahkamah tinggi sabah&Sarawak (1org hakim besar dan 10 hakim yg lain)                  
BIDANG KUASA
·        Membicarakan kes sivil yg lebih rm250000
·        Menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk mati/seumur hidup
·        Bicara kes pembunuhan
·        Mengeluarkan waran,writ,perintah lelong/waran tangkap atau dan sebagainya
·        Mengarahkan mahkamah rendah mengadakan perbicaraan smula selepas mendengar kes-kes rayuan daripada mahkamah rendah
·        Mendengar petisyen pilihan raya

MAHKAMAH RAYUAN
KEANGGOTAAN:
ü pengerusi yang digelar presiden mahkamah rayuan
ü 10orang hakim yang lain
PELANTIKAN HAKIM:
·        Dilantik YDPA atas nasihat PM setelah berunding dengan MRR
·        Sebelum menasihati YDPA,PM hendaklah:
a)minta pandangan ketua hakim Negara bagi pelantikan presiden
b)minta pandangan presiden untuk perlantikan hakim lain

PENAMATAN JAWATAN HAKIM:
·        Hakim hanya boleh dipecat oleh YDPA  melalui tribunal

PERSIDANGAN MAHKAMAH RAYUAN:
·        KES hendaklah didengar tak kurang 3orang hakim/lebih
·        Mendengar kes jenayah & sivil yg tak kurang rm250000 daripada mahkamah tinggi
·        Berkuasa meminda keputusan mahkamah tinggi

MAHKAMAH SESYEN
§  mahkamah rendah yang tertinggi
§  hakimnya dilantik oleh YDPA
§  tidak perlu perkenan PM dan MRR
§  tiada kuasa untuk dengar kes rayuan
§  prosidin penghakiman dilakukan oleh seorang hakim
§   berkuasa keluarkan saman,writ,perintah mahkamah
§  mengawasi kes sivil di mahkamah majistret dan mahkamah penghulu
§  kendalikan semua kes jenayah,rasuah kecuali hukuman mati
§  kendalikan kes sivil yang tuntutannya tidak lebih RM25000
§  berkuasa menyelia atau tuntutan sivil berkaitan kemalangan kenderaan bermotor

MAHKAMAH SYARIAH
§  Hanya bicarakankes sivil dan jenayah bgi org2 islam
§  Kes sivil:a) pertunangan
               b)matrimoni-pkwinan,ceraian,nafkah
               c)hak anak & wakaf n warisan harta
BIDANG KUASA HUKUMAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Kes jenayah:
·        Penjara tidak lebih 3tahun
·        Denda tidak lebih rm5000
·        Merotan tidak lebih enam sebatan
         Kes sivil
·        Pertikaian tidak lebih rm50000
         MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
        Kes jenayah:
·        Penjara tidak lebih 6bulan
·        Denda tidak lebih rm1000
        Kes sivil:
·        Pertikaian tidak lebih rm50000

MAHKAMAH MAJISTRET
·        YDPA melantik majistret di Wilayah Persekutuan Lumpur,Labuan,Putrajaya atas nasihat hakim besar mahkamah tinggi Malaya
·        Ketua menteri melantik majistret di negeri-negeri yg lain atas nasihat hakim besar mahkamah tinggi
KELAS 1
·        bicarakan kes yang hukumannya tidak lebih 10 tahun,denda sahaja,kes rompakan,kes pecah rumah
·        hukumannya:-
·        5 tahun penjara
·        denda RM10000
·        12 sebatan rotan
·        bicarakan kes sivil tidak lebih RM25000
·        dengar kes rayuan dari mahkamah penghulu
KELAS 2
§  juga dipanggil Mahkamah Tuntutan Kecil
§  berkuasa bicarakan kes yang hukumannya tidak lebih 12 bulan penjara/denda sahaja
§  hukumannya:-
§  6 bulan penjara
§  denda RM1000]
MAHKAMAH KHAS RAJA2
§  hakimnya ialah Hakim Besar mahkamah tinggi,Pengerusi mahkamah persekutuan(ketua hakim negara),bekas hakim mahkamah persekutuan/mahkamah tinggi
§  mengadili YDPA,raja
keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar/dipertikai di mana-mana mahkamah





Tuesday 17 April 2012

Tenaga Nuklear



TENAGA ALTERNATIF/HIJAU
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akanmenggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. 

Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana elektrik negarasebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekananterhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan.Misalnya, negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun 2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016.Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian.Selanjutnya, bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana MenteriMalaysia telah menjemput masyarakat awam untuk sama-sama menyumbangkan pandanganterhadap rancangan ini. 

Oleh itu sewajarnyalah masyarakat awam menyuarakan pandangan mereka terhadap rancangan penggunaan tenaga nuklear ini. Namun, sebelum memberikan pandangan, seeloknyalah mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang baik-buruk  penggunaan tenaga nuklear.Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkanelektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahanutama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik denganmenggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon,methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantumengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukankawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenagaelektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaganuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepadakesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahayakepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahanradioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear  juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jikadilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum iamencecah tahap selamat kepada manusia. 


Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium.Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapiia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risikokemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dankesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini
 merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah,daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasiteruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakanoleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO),menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 jutaorang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan matiakibat pelbagai jenis penyakit kanser.Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalankeselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jikatenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah,namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan.


Dalam pandangan hidup Islam, terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa "ditegah untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya". Bagi menjelaskanlagi perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau yang bertajuk"Kewajipan Menguasai Sains: FarduµAynkahatau FarduKifayah?"menyebut bahawa "[satu] contoh yang pernah dikemukakan oleh al-Khawarizmi dalamMubid al-Humum wa Mufid al-µUlum
, ialah dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat-syaratmu'amalat bagi seseorang peniaga". Tambah beliau lagi "[hal] ini dilaksanakan Saidina Umar dalam sistem pendidikannya sehingga tiadalah berniaga di pasar kaum Muslim melainkanmereka yang memahami perniagaan berlandaskan Islam hingga tidak lagi keliru mengenai sebarang perkara yang boleh menerbitkan penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba."Dengan itu, secara mudahnya, dapat kita sebutkan bahawa, berdasarkan prinsip yang disebutkandi atas, setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita telah benar-benar memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin dilakukan itu. Sebagai contoh, jika kita inginmenjadi tukang jahit, maka sebelum menjadi tukang jahit, segala ilmu berkaitan dengannyawajiblah diperoleh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini. Ketetapan ini sememangnya amatlah wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan tempahan baju yang dihantar  pelanggan. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini. Sebelum implementasi program inihendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat tentang baik-buruknya untuk negara dan masyarakat Malaysia wajiblah dikaji sedalam-dalamnya.Selain daripada prinsip yang disebutkan ini, di dalam al-Quran kita telah diingatkan bahawa,
"...janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Surah al-Baqarah, 2:195). Dengan paparan ayat ini maka dapat kitasimpulkan, dalam kes si tukang jahit sebentar tadi, bahawa jika tidak tahu ilmu jahitan, maka janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu. Ini kerana, kedegilan untuk menceburi bidang itu akan menyebabkan si tukang jahit ditimpa malang kerana mungkin dimarahi pelanggan kerana gagal menyiapkan tempahan atau merosakkan tempahan yang dihantar.Bukankah ini hanya membinasakan diri si tukang jahit tersebut? Dalam isu tenaga nuklear ini pula, jika kemudaratan program ini jelas maka seeloknyalah ia ditangguh atau dicari alternatif yang lain.

Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain dalammenghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai tenaga gantian.Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk tenaga gantian dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria, angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik.Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik.Bagi menggantikan tenaga nuklear, sebaik mungkin dijalankan kajian untuk melihat kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai tenaga penjana elektrik negara. Jika ini berjaya dilakukan maka barulah boleh diakui "Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau." Jika usaha,tenaga dan wang ringgit boleh digunakan untuk mengkaji kebolehgunaan tenaga nuklear makausaha, tenaga dan wang ringgit yang sama juga seharusnya ditumpahkan untuk menghasilkantenaga hijau. Ini kerana, sebagaimana petroleum dan arang batu boleh mencapai tahap sukar didapati (scarce) maka begitu jugalah uranium pada satu masa nanti. Oleh itu, hendak atau tidak,akan tiba masanya manusia terpaksa bergantung kepata tenaga gantian. Jadi, kenapa tunggu nanti?Usaha ke arah itu seharusnya dilaksanakan sekarang!

Saturday 14 April 2012

Penyakit Jantung

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.


Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. 


Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.


Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.


Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. 


Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.


Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.